assalamualaikum.
salam kenal.
salam bicara.
salam ukhwah.
bila dah lama tak mengarang, mula rasa kekok. tapi setiap apa yang ditaip, bermula dari hati.
ikhlaskan hati. teguhkan peribadi.
mei 2014.
kerjaya?
hampir 8 bulan bergelar engineer.
bekerja di sebuah kilang elektronik di selatan tanah air.
alhamdulillah, rezekiMu selepas tamat belajar terus dapat pekerjaan,walaupun selepas beberapa kali menghadiri temuduga sana sini.
banyak ilmu yang perlu dikutip, digali, dicari.
bergelar jurutera bukan mudah.
memerlukan mental dan fizikal yang "tough".
umurku?
alhamdulillah, Tuhan berikan aku peluang untuk merasai nikmatnya bernafas.
24 tahun.alhamdulillah. bahagia dengan kehidupan sekarang.
kahwin?
belum bertemu dengan arjuna. yang ada hanya durjana.
insyaAllah, jodoh itu pasti ada.
antara kita berusaha dan berdoa selebihnya.
sambung belajar?
insyaAllah niat memang sudah lama ada.
cuma sekarang sudah terikat dengan aset, mahu juga dicari wang untuk menampung sara.
pasti suatu hari akan ku sambung hingga ke peringkat lebih tinggi, cuma masa belum mengizinkan.
minat pada elektonik komunikasi tak pernah luntur.
tak pernah.
penat?
ya, penat. mulanya mahu siapkan laporan audit hari ini.
tersinggah pula untuk nukilan blog baru.
nanti celoteh lagi,ya?
No comments:
Post a Comment