Sunday, May 11, 2014

#2_2015

assalamualaikum.

minggu ke-19 2014.

non stop working days.

isnin sampai ahad kerja.

and esok minggu ke-20. hope going well.

audit, Mercury, Brewer, MMA Pheonix, Fiji, RoHS Conversion.

sabtu, bos sanggup datang teman siapkan kerja. dah anggap bos macam ayah sendiri, care pada anak-anak.

phew.

adakah ini life seorang engineer?

walaupun busy, selalu tanya khabar mak and ayah.

ucapan utk ibu tersayang sebelum ke pejabat, soalan mak, " bila nak kahwin ni..."

cliche.

ngeh ngeh ngeh.

mak, ayah, doakan akak.

"kalau Tuhan tanya apa yg aku taknak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab EMAK. walau diganti dgn primadona terbaik dunia, diberi bidadari syurga,mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. sebab apa? mak sanggup lawan kematian utk lagirkan aku. terima kasih utk sgalanya. doaku agar sentiasa dibawah naungannya" "terima kasih anakku saesungguhnya kasih syg seorang ibu tiada sempadannya. hari ibu setiap saat dan masa. doakan emak dan ayah dalam setiap solat ketika masih hidup dan semasa didalamp kubur nanti.sayang nur, anakku.." #jika air mataku mengalir saat menghantar ucapan pd ibuku, aku pasti ibuku juga begitu. sesibuk mana pun aku, mak ayah tetap sentiasa dlm ingatanku..#


Wednesday, May 7, 2014

#1_2015

assalamualaikum.


salam kenal.
salam bicara.
salam ukhwah.

bila dah lama tak mengarang, mula rasa kekok. tapi setiap apa yang ditaip, bermula dari hati.
ikhlaskan hati. teguhkan peribadi.



mei 2014.

kerjaya?
hampir 8 bulan bergelar engineer.
bekerja di sebuah kilang elektronik di selatan tanah air.
alhamdulillah, rezekiMu selepas tamat belajar terus dapat pekerjaan,walaupun selepas beberapa kali menghadiri temuduga sana sini.
banyak ilmu yang perlu dikutip, digali, dicari.
bergelar jurutera bukan mudah.
memerlukan mental dan fizikal yang "tough".


umurku?
alhamdulillah, Tuhan berikan aku peluang untuk merasai nikmatnya bernafas.
24 tahun.alhamdulillah. bahagia dengan kehidupan sekarang.

kahwin?
belum bertemu dengan arjuna. yang ada hanya durjana.
insyaAllah, jodoh itu pasti ada.
antara kita berusaha dan berdoa selebihnya.

sambung belajar?
insyaAllah niat memang sudah lama ada.
cuma sekarang sudah terikat dengan aset, mahu juga dicari wang untuk menampung sara.
pasti suatu hari akan ku sambung hingga ke peringkat lebih tinggi, cuma masa belum mengizinkan.
minat pada elektonik komunikasi tak pernah luntur.
tak pernah.


penat?
ya, penat. mulanya mahu siapkan laporan audit hari ini.
tersinggah pula untuk nukilan blog baru.
nanti celoteh lagi,ya?